MyCalendar

Showing posts with label My Booth Story. Show all posts
Showing posts with label My Booth Story. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

RC 1/8 Off World Castom Day 2012 - Booth story :)

Syukur alhamdulillah semua produk keluaran kami mendapat sambutan.. terima kasih pada yang handir.

Booth Cuties Cup Cake (No 2)

Chocolate Steamed Cake - fast sales!

Cuppies ~ Choc Moist, Oreo DCrush, Lemon and Red Velvet.. (Red Velvet habis cepat :) )

Marshmallow Pops ~ Pink Color habis dulu :)


Tartlets & Mini Cup Pavlova ~ licin..:)

Apam Polka Dot ~ pun mendapat sambutan :)

Tepung Kek Coklat Lembab ~ boleh dibakar dan dikukus.

Lollipop Choc Cakes and Cookies Cake Pop.. paling diminati oleh kanak2.. :)

Monday, May 23, 2011

Mom and Baby Day Out by TV3

1st of all terima kasih tak terhingga kami ingin ucapkan kepada Cik Fara (dari TV3) atas kesudian menjemput Cuties Cup Cake untuk sama2 menjayakan majlis Mom and Baby Day Out ini. Tak lupa juga buat My hubby, Abah, Eda, Azian, Sis inlaw Eda dan tunangnya Fariz.. kerana banyak membantu.. :)


21 May 2011 ~ Nak memulakan cerita, saya menerima panggilan dari Cik Fara pada jam 4ptg hari Sabtu.. walaupun peluang yang diberikan untuk persediaan menjelang majlis ini terlampau singkat tapi demi untuk memajukan Cuties Cup Cake ini.. saya dan suami tercinta terima juga.. Selepas mendapat maklumat dari Cik Fara, petang tu juga (dalam keadaan hujan lebat) kami terus ke Sri Pentas, Bandar Utama Damansara (TV3) untuk meninjau kawasan tapak jualan yang bakal digunakan. Selepas tu kami terus mencari bahan2 untuk persediaan keesokan nya.. Pertama kali saya lihat suami saya bersengkang mata tanpa mengira penat dan tak tidur kerana menemani serta menolong saya untuk menyiapkan segala cuppies dan tartlets (itu sahaja yang termampu ikutkan hati nak buat brownies .. macaroons la..dll). Dtg pula adik saya Azian seawal jam 4 pagi kerumah untuk turut membantu dalam menghiasi cuppies. ..

22 May 2011 ~ Sesudah Azan Subuh berkumandang .. saya terima panggilan d
ari Abah.. dia juga turut ingin membantu untuk menghantar barangan jualan. Alhamdulillah saya mempunyai keluarga yang cukup memahami selain memberikan banyak sokongan dan bantuan dalam menaikkan lagi nama Cuties Cup Cake ini. Tiba jam 9pagi.. Abah pun tiba, dia dan suami mula menurunkan barangan ke dalam kereta sementara menunggu saya siap. Kembali semula ke rumah abah untuk menjemput adik2 saya.. .Setiba kami di sana, segala-galanya berubah.. pada mulanya masing2 agak mengantuk (almaklum tak tido seharian) tetiba jd 'cerah' bila tgk suasana di sana .. hrmm nak cerita panjang2 tak reti .. biar lar image2 ini menjadi 'penyambung ceritanya..' bab kata Fara Fauzana..'layannnnss jela'..






 
 



antara image2 yang sempat diupload..ada masa upload lagi ... till now .. da da...

Thursday, February 5, 2009

Sambutan Hari Kastam Sedunia

Sambutan Hari Kastam Sedunia Bertempat di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pada 07 February 2009 ..

Semua dijemput hadir... bermacam gerai jualan dibuka termasuk lar gerai Cuties Cup cakes(menyelit di gerai PEWAKAS)..

Sebelah siang......

Sebelah malam...my son lak tlg jaga.. hehehe


Pelbagai jenis cup cakes yang dijual.. Chocolate chips cakes with capucinno topping, Vanilla with Blueberry and Rose topping, Mocha with Blueberry topping and Chocolate Moist cup cakes.



















Alhamdulillah langsai semua cup cakes tu.. terima kasih kepada semua yang menjayakan Sambutan Hari Kastam Sedunia pada kali ini. Terutama pada pembeli2 cup cakes ku.. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails