MyCalendar

Monday, May 23, 2011

Mom and Baby Day Out by TV3

1st of all terima kasih tak terhingga kami ingin ucapkan kepada Cik Fara (dari TV3) atas kesudian menjemput Cuties Cup Cake untuk sama2 menjayakan majlis Mom and Baby Day Out ini. Tak lupa juga buat My hubby, Abah, Eda, Azian, Sis inlaw Eda dan tunangnya Fariz.. kerana banyak membantu.. :)


21 May 2011 ~ Nak memulakan cerita, saya menerima panggilan dari Cik Fara pada jam 4ptg hari Sabtu.. walaupun peluang yang diberikan untuk persediaan menjelang majlis ini terlampau singkat tapi demi untuk memajukan Cuties Cup Cake ini.. saya dan suami tercinta terima juga.. Selepas mendapat maklumat dari Cik Fara, petang tu juga (dalam keadaan hujan lebat) kami terus ke Sri Pentas, Bandar Utama Damansara (TV3) untuk meninjau kawasan tapak jualan yang bakal digunakan. Selepas tu kami terus mencari bahan2 untuk persediaan keesokan nya.. Pertama kali saya lihat suami saya bersengkang mata tanpa mengira penat dan tak tidur kerana menemani serta menolong saya untuk menyiapkan segala cuppies dan tartlets (itu sahaja yang termampu ikutkan hati nak buat brownies .. macaroons la..dll). Dtg pula adik saya Azian seawal jam 4 pagi kerumah untuk turut membantu dalam menghiasi cuppies. ..

22 May 2011 ~ Sesudah Azan Subuh berkumandang .. saya terima panggilan d
ari Abah.. dia juga turut ingin membantu untuk menghantar barangan jualan. Alhamdulillah saya mempunyai keluarga yang cukup memahami selain memberikan banyak sokongan dan bantuan dalam menaikkan lagi nama Cuties Cup Cake ini. Tiba jam 9pagi.. Abah pun tiba, dia dan suami mula menurunkan barangan ke dalam kereta sementara menunggu saya siap. Kembali semula ke rumah abah untuk menjemput adik2 saya.. .Setiba kami di sana, segala-galanya berubah.. pada mulanya masing2 agak mengantuk (almaklum tak tido seharian) tetiba jd 'cerah' bila tgk suasana di sana .. hrmm nak cerita panjang2 tak reti .. biar lar image2 ini menjadi 'penyambung ceritanya..' bab kata Fara Fauzana..'layannnnss jela'..






 
 



antara image2 yang sempat diupload..ada masa upload lagi ... till now .. da da...

1 comment:

Unknown said...

tahniah, moga semakin maju lepas ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails