MyCalendar

Tuesday, July 30, 2013

Assalamua'laikum, Salam sejahtera..Alhamdulillah, hari ni masuk hari yang ke 7 kami berada di Jualan Kraf dan Produk Aidilfitri di Kompleks Kraf Jalan Conlay. Penjualan produk dari Nouriz Sweet Touch (Nowryz Sweet Touch) amat2 menggalakkan.

Terima kasih buat pelanggan2 kami yang sudi singgah ke booth kami. Untuk makluman, kami masih lagi membuka tempahan kek (shj) untuk Hari Raya yang bakal tiba ini.

Tarikh terakhir menhantar tempahan adalah pada 03 Ogos 2013. Kesemua tempahan akan dihantar paling lewat adalah pada 06 Ogos 2013. Sekiranya ada yang nak datang pick up sendiri boleh lar dtg ke Esso Mobil (bersebelahan Plaza Perabot LDP, Kelana Jaya) pada 07 Ogos 2013 sebelum jam 08 mlm.

Jutaan terima kasih kepada anda yang telah membuat tempahan awal.

Jualan Hari ini : Midi Cup Pavlova - (meringue based, belum diletak fruits and fresh cream topping.. karang kalau letak disini ada yg terliur tgk gambar je hehe.) Sales untuk hari ini selain Premium Mini Pack cakes & Blueberry Cheese Tartlets.

Tips : Untuk kesedapan berganda, Premium Mini Pack Cakes yang bertopping Cheese / Chocolate Mousse hendaklah dimakan ketika sejuk. Sekiranya, anda dapati toppingnya cair, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan freezer) untuk seketika atau semalaman. Selamat Menjamu Selera .

Saturday, July 27, 2013

Produk Nowryz Sweet Touch mendapat sambutan hangat di Tapak Jualan Kraf & Produk Aidilfitri 24 Julai - 3 Ogos..

Assalamua'laikum Salam semua.. kami doakan hari2 anda akan ceria dan seterusnya ya..

Alhamdulillah, pembukaan booth di Jualan Kraf & Produk Aidilfitri 24 Julai - 3 Ogos (bermula jam 10:00 pg - 10:00 mlm) berjalan dengan lancarnya..

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi singgah ke tapak jualan kami. Jutaan terima kasih juga kepada anda yang berulang2 kali datang ke booth pada hari yang sama .. 

Alhamdulillah hot sales item kami mendapat sambutan. Kepada anda yang berminat untuk menjadi agen Premium Mini Pack Cakes kami, sila lah hantar maklumat lengkap anda ke Inbox Nouriz Sweet Touch.

Untuk hari ni, kami sediakan product Nowryz Sweet Touch (Premium Mini Pack Cakes) ~ RV, Carrot, Chocolate Moist, Chewy Brownies dan Oreo Mousse cake. Selain itu ada juga Blueberry Cheese Tart dan Pavlova (bakal hot item menyusul  )

Jadi datang lah beramai2 kerana selain booth kami.. ada bermacam2 lagi jualan yang menarik menanti anda di sana. 

Salam Sayang; Nori Ibrahim


Blueberry Cheese Tart - Hot from Oven

Midi Pack Pavlova


Tuesday, July 23, 2013

Jualan Kraf & Produk Aidilfitri 24 Julai - 3 Ogos (bermula jam 10:00 pg - 10:00 mlm)


Assalamua'laikum dan Salam 1 Malaysia :)..

Kami dari pihak Nouriz Sweet Touch ingin menjemput anda sekeluarga untuk hadir ke Jualan Kraf dan Produk Aidilfitri, bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur (Jalan Conlay).


Moga dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan suasana Ramadhan Al-Mubarak ini dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.


Berikut adalah senarai sebahagian dari produk2 Nouriz Sweet Touch yang bakal dijual di sini.

1. Premium Mini Pack Cakes (multiflava)
2. Tartlets
3. Cream Puff
4. Biskut dan Kek Raya

Anda boleh dapatkan produk kami di booth yang bernombor KM04 berdekatan dengan pintu masuk (dikawasan meja2 yang berpelapik pink. :) )



Oreo Chocolate Mousse Cake

Carrot Moist Cakes

Chewy Gooey Brownies (Walnut)

Moist Red Velvet


 Chocolate Moist Cake

Blueberry Cheese Tart

Custard Cream Puff


Kami juga menerima tempahan dan anda boleh datang ke booth kami untuk dapatkan tempahan2 anda selain dari produk2 di atas (berdasarkan produk2 yang tertera didalam FB page kami).

Nota : Senarai dan imej bagi biskut raya boleh dirujuk di laman sebelumnya.


Sekian, terima kasih :)


Nori Ibrahim




Wednesday, July 10, 2013

Alhamdulillah Ramdhan menjelma kembali...


Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera.

Ramadhan menjelma lagi.. dikesempatan ini kami dari pihak CutiesCupCakes by Nori Ibrahim Sweet TouchNouriz Cakes Wedding Such & Nouriz Sweet Touch ingin memohon kemafaan andai kata ada kekurangan atau kesilapan sepajang perkhidmatan kami.

Akhir kata, Selamat Menyambut Ramadhan (1434H). Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih keberkatan kepada kita semua. Tinggalkan segala kemungkaran, tingkatkan lagi amal ibadah kita.

Sekian,

Nori Ibrahim

Monday, July 8, 2013

3 tier Wedding Cake for my Brother's wedding.

Assalamua'laikum wbt. n Salam 1 Malaysia...

Minggu yang agak pack.. dengan mini cakes ordernya.. dgn wedding cake hantaran dan juga wedding cutting cake for my bro wedding. Mcm biasa tak reti nak cerita banyak.. view image je lar ye :)


My Wedding Cakes :)







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails