MyCalendar

Friday, January 4, 2013

Selamat Pagi Malaysia Slot Seni Kreatif di TV1

Assalamua'laikum .. salam Jumaat buat semua..Semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya..
Hari ni saya nak share dengan semua, pengalaman saya ke udara dalam program Selamat Pagi Malaysia bagi slot Seni Kreatif.
Sebenarnya saya mendapat panggilan dari Puan Shamina selaku penerbit SP1M pada pagi hari Isnin bersamaan dengan 31 Dec 2012.. saya sebenarnya memang tengah bercuti untuk menguruskan hal sekolah anak- anak ketika itu (haa buat lagi keje last minutes huhu).. Pada mulanya Puan Shamina minta saya untuk membuat deco 'Croquembouche' (nak tau details kene ler lawat fb page saya ~ CutiesCupCakes by Nori Ibrahm Sweet Touch ) disebabkan masa yang diberikan agak singkat jadi saya minta untuk membuat dekorasi produk yang lain. Setelah perbincangan dibuat, Puan Shamina dan rakan - rakan pernerbit yang lain bersetuju untuk menukarkan kepada Dekorasi Kek Pelangi atau Rainbow Cake.
Saya memang tidak ada pengalaman shooting2 ni.. jadi banyak perkara yang saya terpaksa rujuk dengan Puan Shamina sebelum tiba pada masa nya.. Apabila tiba pada masanya.. darah gemuruh pun tiba.. tp berkat sokongan dan bantuan suami, abah dan adik pada ketika itu..  .. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
Apa yang pasti, saya dapat menimba banyak pengalaman serta ilmu dan sangat2 berbesar hati di atas jemputan Pn Shamina dan rakan2 penerbit yang lain. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan keluarga, rakan - rakan serta pelanggan2 CutiesCupCake yang setia sehingga ke hari ini..



Maaf tak banyak gambar yang dapat dishare, almaklumlar tukang ambik foto ni pun teruja berada di studio tu.. huhuh   













Terima kasih juga buat pengacara SP1M - Rina, Nadia & Hezri Rahil yang sangat2 peramah :)

Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013!



Assalamua'laikum dan Salam 1 Malaysia.. 

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013! Semoga tahun ini akan lebih bererti dan memberi kebaikkan pada kita semua. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang banyak memberikan sokongan dalam menaikkan nama CutiesCupCake by Nori Ibrahim Sweet Touch ini.

In shaa Allah, pada tahun ini saya akan buat banyak promosi untuk kesemua produk & akan memulakan kelas baking dan deco atas permintaan ramai.

Terima kasih.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails